Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, *PELAWAAN BAGI PERMOHO...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
*PELAWAAN BAGI PERMOHONAN UNTUK PENYERTAAN KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP) 2025*
2. Sukacita dimaklumkan bahawa UNESCO Asia-Pacific of Education for International Understanding (APCEIU) bagi pihak Kementerian Pendidikan Korea (MOE Korea) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) akan menganjurkan Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) bagi tahun 2025. Justeru, BPG mempelawa pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi program tersebut berdasarkan bidang yang berikut:
i. Sekolah rendah: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Pendidikan Muzik
ii. Sekolah menegah: Bahasa Inggeris, TVET, STEM, atau Sejarah
3. Untuk makluman pihak tuan, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah, peserta juga diwajibkan untuk melaksanakan projek individu berasaskan Global Citizenship Education (GCED), pelaporan dan aktiviti lain mengikut keperluan sekolah tuan rumah seperti kelas asas Bahasa Melayu dan pengenalan kepada budaya Malaysia.
4. Pemohon perlu meneliti Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C (dilampirkan) berkenaan pengenalan, syarat dan tatacara permohonan. Pemohon juga perlu memuat turun Borang Permohonan dan lampiran berkaitan yang disediakan secara dalam talian pada pautan *https://bit.ly/MohonKOMTEP2025*. Seterusnya pemohon perlu memuat baik borang dan lampiran berkaitan yang telah lengkap ke pautan berikut: *https://bit.ly/KOMTEP2025_uploadform*. Tarikh tutup permohonan adalah pada *20 Jun 2025 (Jumaat)*. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut dikira lewat dan tidak akan diproses.
5. Kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk memanjangkan pelawaan ini kepada semua *PPP(Laluan PdP)* di bawah selian masing-masing. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas boleh diajukan kepada *Encik Yuza Haiqal bin Mohd Yunus,* *Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Bakat, Sektor Sumber Manusia* di talian
*082-473411*.
Perhatian dan kerjasama pihak tuan berkaitan perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Bakat
Sektor Sumber Manusia
JPN Sarawak
Similar channels





